Sumber berita Pembangunan Malaysia Legoland diambil dari beberapa sumber. Artikel ini memuatkan tentang frasa Pembangunan Malaysia Legoland, Peta Lokasi Legoland Malaysia dan Gambar Malaysia Legoland.
Pautan sumber asal boleh didapati di bahagian bawah rencana - Abuya
Pautan sumber asal boleh didapati di bahagian bawah rencana - Abuya
Legoland Malaysia di Johor yang hampir siap dijangka akan dibuka pada penggal kedua tahun ini. Taman Tema Malaysia Legoland menjangkakan satu juta pelawat pada tahun pertama operasi.
“Kami menjangkakan lebih dari sejuta pelawat untuk 12 bulan pertama operasi, dan berharap jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa,” kata Siegfried Boerst, Pengurus Besar Legoland Malaysia sewaktu memperkenalkan mascot naga Malaysia Legoland.
Berhubung pembinaan taman tema tersebut, Boerst berkata pembangunan Taman Tema Malaysia Legoland berharga RM 700 juta berjalan lancar walaupun musim hujan, menambah yang dia yakin pembinaan akan siap mengikut masa yang ditetapkan.
Malaysia Legoland juga merancang aktiviti perhubungan awam seluruh Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara sebelum majlis perasmian Malaysia Legoland. Ianya juga akan membangunkan negeri Johor sebagai satu destinasi pelancongan.
Berkenaan pas bermusim tahunan, Boerst berkata Malaysia Legoland berhasrat untuk menarik lebih pelawat dari Singapura. Pada purata, Taman Tema tersebut menjual 300 pas pelawat sehari, di mana 80% jumlah pas tersebut dibeli oleh Malaysia.
“Kita sudah menjual beberapa ribu jualan pas tahunan, dan kami berhasrat untuk terus membuka jualan untuk beberapa minggu lagi,” kata Boerst.
Terletak di Wilayah Iskandar Malaysia, taman tema tersebut adalah Taman Tema Legoland ke-enam dan yang pertama di Asia. Ia akan menempatkan lebih dari 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan lain bila siap sepenuhnya.
SUMBER : Yahoo! News
LOKASI
View Larger Map
Taman Tema Malaysia Legoland terletak di Bandar Nusajaya, sebahagian daripada Wilayah Iskandar Johor. Lokasi tepat Taman Tema tersebut masih belum didapati. Artikel ini akan dikemaskini setelah lokasi tepatnya didapati.
SUMBER : Google Maps
GAMBAR

LAKARAN ILUSTRASI PETA TAMAN TEMA MALAYSIA LEGOLAND

HOTEL DAN ROLLER COASTER DI MALAYSIA LEGOLAND

PETA MALAYSIA DAN KARAKTER KARTUN DIBUAT DARI LEGO

LAKARAN ILUSTRASI PETA TAMAN TEMA MALAYSIA LEGOLAND

HOTEL DAN ROLLER COASTER DI MALAYSIA LEGOLAND

PETA MALAYSIA DAN KARAKTER KARTUN DIBUAT DARI LEGO
SUMBER : Sky Scraper City Forum
Sekarang anda boleh memulakan threading comment di blog ini. Gunakan tanpa was-was.
Peninggalan komen anda sangat-sangat dihargai kerana dirimu cukup bermakna bagiku, Lo'yeal.
0 comments:
Catat Ulasan