26 Jan 2012

Kejadian Bunyi Aneh Yang Pelik di Langit - MISTERIUS

INTRO

Kejadian bunyi aneh yang pelik ini berlaku di serata dunia. Antara negara terawal yang mengalaminya adalah negara Denmark pada akhir tahun 2011.

Kejadian bunyi pelik ini pula telah menggemparkan Malaysia, terutamanya penduduk di negeri Sarawak apabila kejadian yang hampir serupa dilaporkan telah berlaku di Samarahan.

Yang terbaru didengari adalah di London.

Persoalan yang membelenggu pemikiran orang ramai adalah; apakah sebenarnya bunyi pelik tersebut dan apakah puncanya?

RENTETAN PERISTIWA

Misteri kejadian bunyi pelik yang aneh di Samarahan Sarawak Malaysia

Kejadian bunyi aneh di langit ini berlaku di seluruh dunia. Mengikut [1]Strange Sounds in the Sky, video rakaman bunyi-bunyi tersebut telah wujud dari Disember 2010 lagi. Punca bunyi tersebut masih tidak dapat dikenalpasti. Bunyi tersebut juga tidak dipastikan samada mempunyai kaitan dengan fenomena bunyi pelik yang berlaku di serata dunia baru-baru ini.

Antara video terawal di YouTube yang memaparkan bunyi aneh di langit adalah dari Kiev, Ukraine. Rakaman video yang dibuat dari unit apartmen ini menunjukkan sekitar Bandar Kiev pada waktu siang. Bunyi aneh kedengaran di latarbelakang dan juga menampakkan orang sedang berjalan di jalanraya. Tarikh video ini dimuatnaik ke YouTube adalah pada Ogos 2011.

Beberapa buah video rakaman bunyi pelik juga telah dimuatnaik ke YouTube selepas kejadian di Kiev.

Tetapi video rakaman bunyi aneh di langit yang menjadi tumpuan ramai orang, termasuk juga media antarabangsa adalah rakaman bunyi pelik di langit Samarahan, Sarawak. Liputan tentang kejadian ini dapat tumpuan luas setelah berita tentangnya ditulis di [2] The Borneo Post.

Pada 15 Januari 2012, The Borneo Post telah melaporkan tentang kejadian aneh di Samarahan di mana pendududk telah terdengar bunyi pelik di langit. Bunyi tersebut mula kedengaran dalam pukul 3 pagi sehingga subuh.

Kejadian pelik itu berlaku selama dua malam, pada 11 dan 12 Januari 2012.

Antara keterangan penduduk yang mendengar bunyi tersebut;


“Pada pukul 2 pagi saya terjaga kerana terdengar bunyi pelik. Bunyi kuat itu tedengar seperi bunyi orang berdengkur.

Saya terus bangkit dari katil dan keluar dari rumah untuk periksa apa yang berlaku. Perasaan takut menyelubungi diri. Saya tidak pasti sumber bunyi tersebut… seperti ada sesuatu yang dating dari langit.

Terkejut, saya terus masuk ke dalam, tapi berjaya sehingga siang kerana saya tak boleh tidur. Kalau saya tak silap, bunyi tersebut kedengaran sehingga pukul 5 pagi,” Cikgu Mohd Ferdauz Jemain (Terjemahan ucapan).

Manakala [3] Blog Serius pula memaparkan entri berkenaan video tersebut yang memetik sumber dari The Borneo Post pada 16 Januari 2012.

Sumber video yang menjadi rujukan kepada artikel berkenaan telah dimuatnaik oleh seorang pengguna YouTube bernama [4]BoyRahan (member since 14 Jan 2012).

Beliau telah memuatnaik dua video kejadian bunyi aneh tersebut pada hari yang sama beliau mendaftar, satu video didakwa berlaku pada 11 Januari manakala video kedua (yang menjadi sumber rujukan The Borneo Post dan beberapa laman web lain) berlaku pada 12 Januari 2012.

TEORI, SPEKULASI dan HOAX

Terdapat beberapa teori, spekulasi dan hoax (penipuan) tentang kejadian bunyi aneh yang berlaku di seluruh dunia. Ada yang mengatakan kejadian pelik ini berlaku disebabkan oleh kajian Amerika Syarikat ke atas teknologi HAARP. Malah ada juga yang membuat spekulasi bunyi ini adalah bunyi kebangkitan dajal menandakan hari kiamat dan beberapa video telah disahkan palsu.

TEORI HAARP

[5]HAARP adalah akronim kepada High Frequency Active Auroral Research Program. Teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat sejak 1993 lagi berfungsi untuk mengkaji kajian ozon lapisan ionosfera (ionosphere) dengan memberi tumpuan untuk memahami dan menggunakannya untuk meningkatkan komunikasi dan sistem pemantauan awam dan juga untuk tujuan pertahanan.

Program HAARP adalah komited untuk membangunkan fasiliti kajian ionosfera bertaraf dunia yang tediri daripada:

1. Instrumen Kajian Lapisan Ionosfera (Ionespheric Research Instrument – IRI), fasiliti pemancar berkuasa tinggi yang mampu beroperasi di dalam lingkungan Frequensi Tinggi. IRI tersebut boleh mengaktifkan linkungan kawasan lapisan ionosfera untuk jangkamasa tertentu sebagai tujuan ujikaji saintifik.

2. Satu peralatan rumit berteknologi tinggi yang akan digunakan untuk mengkaji proses fizikal yang berlaku pada kawasan kajian

Pemerhatian terhadap hasil proses ujikaji daripada IRI dalam keadaan terkawal akan memberi lebih pemahaman kepada proses berterusan yang berlaku secara semulajadi kesan stimulasi matahari.

Peralatan saintifik yang digunapakai di pusat permerhatian HAARP akan berguna dalam pelbagai usaha berterusan yang tidak melibatkan penggunaan IRI tetapi sangat pasif. Antara kajian yang dilakukan termasuk pengcirian menggunakan pemancar satelit, pemerhatian teleskop terhadap struktur halus aurora dan dokumentasi variasi jangka masa panjang kepada lapisan ozon.

SPEKULASI DAJAL

Terdapat juga mereka yang membuat spekulasi pembangkitan dajal sebagai punca bunyi yang didengari. Spekulasi ini dikuatkan lagi dengan teori apokalipse pada tahun 2012 seperti yang dijangka kalendar Mayan.

Malah terdapat juga yang memetik ayat Al-Quran untuk menyokong spekulasi yang dibuat.

Memang ternyata kita semakin menghampiri kiamat, tetapi kebanyakan spekulasi yang dibuat bertujuan untuk menakutkan umat manusia.

Sepatutnya perbincangan tentang keimanan dan akidah manusia yang semakin menipis dan cara-cara untuk memulihkannya harus diperbanyakkan daripada membuat jangkaan tentang tarikh kiamat. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui.

HOAX (PALSU)

Dari sumber [6] Liveleak.com, beberapa video tentang kejadian bunyi aneh ini telah disahkan palsu. Video pertama tentang fenomena bunyi pelik di langit yang dikatakan telah berlaku di Kiev, Ukraine telah memadankan bunyi latarbelakang dari filem Red State dengan rakaman Bandar Kiev yang telah dirakam dari balkoni apartmennya.

Malah dalam video tersebut juga orang ramai yang sedang berjalan di jalanraya tidak mengendahkan bunyi tersebut.

Beberapa video-video lain juga disahkan palsu apabila mereka telah memadankan bunyi yang sama (100%) dengan rakaman berbeza. Sila tonton video pengesahan tentang pemalsuan rakaman bunyi aneh yang dilakukan.








KONKLUSI

Walaupun beberapa video di dalam fenomena bunyi pelik di serata dunia ini telah disahkan palsu, tetapi video rakaman bunyi aneh yang berlaku di Sarawak masih tidak dapat diketahui puncanya. Tetapi kalau ikutkan antara kebanyakan teori yang direka, HAARP paling berkemungkinan menjadi punca bunyi tersebut. Teori ini dikuatkan lagi di mana sehari selepas kedengaran bunyi pelik di Sarawak, satu gempa bumi telah berlaku di Indonesia (Sila rujuk kembali kemampuan IRI yang digunakan dalam program HAARP).


M
is
for misterius



TERIMA KASIH
Sekarang anda boleh memulakan threading comment di blog ini. Gunakan tanpa was-was.
Peninggalan komen anda sangat-sangat dihargai kerana dirimu cukup bermakna bagiku, Lo'yeal.

0 comments:

Catat Ulasan